‘Our My First Trip Together’ - Abang Tesla Pertama Kali Dedah Wajah Isteri Muda, Bawa 2 Suri Hati Tunai Umrah

 

Abang Tesla menjadi pempengaruh yang tular susulan perkahwinan poligaminya hingga mengundang perhatian ramai.

Beliau yang terdahulu popular dengan kenyataan ‘isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai’ berlepas untuk mengerjakan umrah.

Lebih istimewa lagi, menerusi hantaran di Instagram, influencer berkenaan pertama kali berkongsi wajah isteri keduanya di laman sosial.

“Our first trip together. Turkiye dan umrah,” titipnya.

Pemilik nama Muhammad Khal Iltizam Yusry itu memuat naik sekeping foto memaparkan beliau dan kedua-dua isterinya.

Malah, ia juga merupakan kali pertama beliau mendedahkan wajah isteri keduanya, Nursyafiqa Mohd Hanafi, 22, sejak bernikah pada 18 Ogos lalu.

Lelaki yang menafikan cahaya mata sebagai punca berpoligami itu difahamkan telah menerima penajaan pakej daripada agensi pelancongan untuk perjalanan tersebut.

Menerusi penstriman langsung di Instagram, Abang Tesla telah memohon maaf kepada pengikut media sosialnya dan seluruh rakyat Malaysia atas salah dan silap yang dilakukan olehnya selama ini.

“Kami bertiga pergi. Alhamdulillah, diberikan rezeki yang banyak.

“Kalau ada salah dan silap, saya minta maaf. Saya nak minta maaf kepada semua rakyat Malaysia. Doakan saya mendapat umrah yang mabrur dan elak daripada sebarang fitnah,” ujarnya.

Warga maya rata-rata memuji isteri pertama Abang Tesla, Nurmajdina Jamari yang tenang dan berseri-seri di samping suami dan madu serta mendoakan ketiga-tiga mereka dikurniakan umrah mabrur.

Baca juga: ‘Jika lelaki faham & sedar beratnya tanggungjawab suami…’ Dr Fadzilah Kamsah

 – “Isteri pertama sangat berseri-seri wajahnya. Semoga beroleh umrah yang mabrur buat ketiga-tiga mereka.”

– “1st wife muka berseri, senyuman yang ikhlas.”

– “Semoga bahagia till jannah.”

– “Semoga dipermudahkan urusan dan mendapat umrah yang mabrur, aamiin.”

– “Semoga terus kekal begini, kedua-dua isteri dihargai dan dicintai.”

Sumber Instagram Abang Tesla

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Related Posts:

  • Smoothie Apple Bersama Buah Strawberry Smoothie Apple Bersama Buah Strawberry Hari ini ternampak buah apple hijau yang banyak kat kedai buah-buahan ketika membeli barangan di farmasi bersebelah kedai buah itu. Tetiba datang ilham untuk membuat smoothie apple d… Read More
  • Resepi Salad Mango Cashew Nut Resepi Salad Mango Cashew Nut Resepi hari ni amat mudah disediakan, lagipun bahan-bahan mentah senang didapati menerusi tempahan online dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ia juga merupakan makanan berkhasiat ya… Read More
  • Makanan yang tidak boleh dimakan bersama pisang Makanan yang tidak boleh dimakan bersama pisang Ramai yang mengemari makan pisang tidak kira orang dewasa ataupun kanak-kanak. Ini kerana pisang merupakan sejenis buah yang biasa dan senang didapati di mana-mana saja. Ia … Read More
  • Hukum Melihat Gambar Lucah di Bulan Ramadhan Hukum Melihat Gambar Lucah di Bulan Ramadhan Soalan: Ada yang bertanya bahawa apakah hukum melihat gambar lucah ketika di bulan Ramadhan? Jawapan: Fuqaha Syafi'iyah memakruhkan seseorang yang sedang berpuasa den… Read More
  • Juadah ramadan Restoran Rasamas di Sungai Buloh Juadah ramadan Restoran Rasamas di Sungai Buloh Pemandangan dari luar Tengahari tadi saya telah meminta pertolongan hubby, membawa saya pergi menghantar barang yang pelanggan telah tempah di sekitar Damansara Damai. Pe… Read More